Najib Razak Tak Berdiam Diri Walaupun Dipenjara, Fail Semakan Keputusan Dan Mohon Hukuman Ditangguhkan

Politics
6 Sep 2022 • 9:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya akan terus berjuang mendapatkan haknya walaupun sudah dimasukkan ke penjara.

image is not available

Terkini, Najib mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan bagi sabitan dan hukuman penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Hukuman ini adalah muktamat selepas Najib didapati bersalah dalam ke penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan notis itu diusul melalui firma guaman beliau iaitu Tetuan Shafee & Co bagi meminta kebenaran menyemak semula keputusan panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan itu, Najib meminta keputusan rayuan utama diketepikan dan dilepaskan serta dibebaskan daripada tuduhan.

Disebabkan itu, Najib juga memohon agar hukuman yang dihadapinya ketika ini ditangguhkan sementara menunggu permohonan semakan diputuskan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved