Najib: Tahanan rumah atau pelepasan? KDN akur, tunggu keputusan mahkamah!

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 9:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sebenar perintah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu perlu bagi mendapatkan kepastian mengenai perbezaan tafsiran antara istilah pelepasan dan tahanan rumah yang mempunyai implikasi perundangan berbeza.

Menurut beliau, penggunaan istilah ‘order of discharge’ dalam dokumen mahkamah membawa maksud pelepasan, sedangkan keputusan Lembaga Pengampunan menetapkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Jelasnya, sekiranya perintah itu ditafsirkan sebagai pelepasan, Jabatan Penjara tidak lagi mempunyai kuasa terhadap Najib. Sebaliknya, pelaksanaan tahanan rumah bermakna beliau masih berstatus banduan dan kekal di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.

“Kalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik. Jadi, KDN akan akur dan menghormati proses itu.
“Titah Yang di-Pertuan Agong adalah melalui keputusan Lembaga Pengampunan. Kita sudah menerima surat itu dan kita akur,” katanya, hari ini.

May be an image of dais and text

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan bahawa jika tahanan rumah dilaksanakan, Najib masih perlu menjalani baki hukuman sebagai banduan, namun lokasi tahanannya akan dipindahkan dari Penjara Kajang ke tempat yang diwartakan.

May be an image of one or more people and text

Bagaimanapun, beliau berkata, KDN perlu berhati-hati kerana pelaksanaan tahanan rumah sekiranya perintah mahkamah sebenarnya bermaksud pelepasan boleh menimbulkan persoalan mengenai kesahan penahanan tersebut.

“Kalau betul mahkamah kata pelepasan, maknanya penjara kena lepaskan beliau. Sebaliknya, jika kita hantar ke tahanan rumah, ia boleh menimbulkan isu penahanan tidak sah.
“Sebab itu biarlah mahkamah menentukan kerana terdapat perbezaan dari segi kefahaman,” katanya.

Sehubungan itu, KDN akan menghormati proses mahkamah bagi memastikan sebarang tindakan berkaitan pelaksanaan perintah terhadap Najib dibuat berlandaskan tafsiran undang-undang yang jelas.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved