Najib Tun Razak Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, hari ini.

Menurut sumber, Najib hadir selepas selesai prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlangsung di Mahkamah Tinggi, seperti laporan Kosmo.

image is not available

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Zuhur, sebelum Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara.

Allahyarham Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 7.10 malam semalam akibat masalah pernafasan.

Tun Abdullah merupakan Perdana Menteri kelima Malaysia dan memegang jawatan tersebut dari tahun 2003 hingga 2009.

Sepanjang pentadbirannya, beliau dikenang sebagai pemimpin berjiwa sederhana yang memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari serta menekankan prinsip ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Pendekatan Beliau Tidak Agresif, Dia 'Bos' Yang Berdedikasi" - Syed Hamid Albar Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi