Najis bersepah atas jalan depan rumah

9 Aug 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Najis bersepah atas jalan depan rumah

MERSING – Bukan sahaja tanaman musnah dirempuh dan dimakan haiwan ternakan berkeliaran, malah seorang suri rumah di Kampung Semanyir, Endau di sini terpaksa menahan bau busuk najis lembu yang bersepah di hadapan rumahnya.

Zahara Zakaria, 42, berkata, pelbagai tanaman termasuk 500 pokok cili, puluhan pokok limau kasturi dan pokok pisang yang diusahakan di tanah seluas kira-kira 0.8 hektar rosak selepas dice­roboh lembu, kerbau dan kambing.

Katanya, jika tanaman itu mengeluarkan hasil sepenuhnya, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

“Malangnya, belum sempat pokok-pokok ini berbuah, ia sudah dirempuh dan dimakan haiwan ternakan,” katanya.

Menurutnya, najis lembu turut bersepah di atas jalan raya di hadapan rumahnya sehingga mengeluarkan bau busuk.

“Saya pernah membersihkan najis lembu itu guna peluntur, tetapi apabila terlalu kerap, saya sudah tidak larat. Beberapa aduan telah dibuat kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan proaktif,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Alwiyah Talib berkata, ada cadangan untuk meletakkan tanda pengenalan terhadap semua lembu, tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh.

“Kita harap masalah ini dapat diselesaikan oleh Jabatan Perkhid­matan Veterinar dan Majlis Daerah Mersing,” katanya.

The post Najis bersepah atas jalan depan rumah appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved