Najwa Latif Menangis Keguguran Anak Pertama

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 12:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ni ramai tumpang gembira selepas lihat Najwa menjadi seorang pensyarah dekat UiTM. Namun, penyanyi Najwa Latif kini berdepan ujian besar apabila mengalami keguguran anak pertama.

Suaminya, Akwa Arifin, berkongsi berita duka itu melalui sebuah video di Instagram, memaparkan detik-detik Najwa di hospital.

Video tersebut menunjukkan Najwa menerima konsultasi doktor dan kelihatan menangis di atas katil hospital.

image is not available

image is not available

Malah, beberapa klip turut menunjukkan Najwa menggunakan kerusi roda akibat keadaannya yang lemah.

Masih belum ada rezeki tapi mari kita simpan ini sebagai satu memori.- Tulis Akwa dalam kapsyen video.

image is not available

Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada netizen yang mengharapkan pasangan ini terus kuat menghadapi dugaan.

Untuk pengetahuan korang, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

image is not available

#OhmediaNasihat

Kehilangan adalah ujian berat tetapi kekuatan datang melalui sokongan orang tersayang. Semoga Najwa dan Akwa terus tabah dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Jangan lupa untuk terus berdoa dan berusaha, kerana rezeki Allah datang dalam pelbagai cara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram