Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Cars
30 May 2023 • 9:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Malaysia mengalami cuaca panas dan pendingin hawa boleh dikatakan sebagai satu keperluan buat masa sekarang.

Bagi sesiapa yang kerap berjalan kaki, pasti anda akan singgah ke mana-mana tempat yang redup atau memiliki pendingin hawa untuk menhilangkan rasa penat buat seketika.

Jika anda menaiki kereta, pendingin hawa di dalam kereta merupakan benda-benda yang dinanti-nantikan selepas berada dalam cuaca panas untuk jangka masa yang lama.

Oleh itu, penting bagi kita untuk menjaga sistem pendingin hawa kereta kita agar bahagian tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Sistem pendingin hawa yang baik dapat memberikan keselesaan baik kepada pemandu, mahupun para penumpang yang berada di dalam kereta.

Langkah penjagaan untuk memastikan aircond kereta kekal sejuk

Menurut akaun TikTok @mg_merctune_services, terdapat tiga langkah penjagaan yang perlu dilakukan bagi memastikan pendingin hawa anda berfungsi dengan baik.

Pertama, anda perlu menghidupkan enjin terlebih dahulu sebelum membuka pendingin hawa di dalam kereta anda. Menurut Zigwheels, ketika enjin tidak dihidupkan, motor blower akan mengeluarkan tenaga dari cas bateri.

Disebabkan ini, penggunaan pendingin hawa yang berpanjangan akan menyebabkan motor blower akan mengeluarkan tenaga dari cas bateri dalam jumlah yang terhad.

Keadaan ini akan menjejaskan keadaan bateri, dan mungkin menyebabkan beberapa senario yang tidak diingini seperti tersadai di tengah jalan ataupun tidak dapat menghidupkan enjin.

Walaupun langkah ini akan memakan sedikit bahan api, ia akan melindungi kenderaan anda dalam pelbagai aspek secara keseluruhan seperti jangka hayat motor, bateri dan sistem pendingin hawa.

Kedua, anda perlu mematikan pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin. Langkah ini memiliki justifikasi yang sama seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi memastikan motor blower tidak berkerja sewaktu enjin dimatikan.

Akhir sekali, jika parkir di tempat yang panas, hidupkan butang outside cabin. Namun, semua langkah-langkah di atas tidak akan berkesan jika anda tidak menservis pendingin anda secara berkala.

image is not available
Kredit: TikTok

Berdasarkan saranan @mg_merctune_services, pengguna kenderaan dinasihatkan untuk melakukan servis flushing sekurang-kurangnya sekali setahun. Anda juga untuk boleh menukarkan bahagian filter dryer dan cabin filter.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menonton video di bawah.

Sumber: @mg_merctune_services via Tiktok