“Nak Balik, Lapaq Dah Ni..” – Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

LocalTravel
22 Nov 2025 • 1:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai dan kawasan sekitarnya diminta segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan dan pemantauan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kebanyakan rakyat Malaysia yang terperangkap kini berada di hotel sekitar Hatyai, dan mereka dinasihatkan kekal berada di tempat selamat sementara menunggu bantuan pihak berkuasa Thailand.

Advertisement

Mereka diminta kekal di hotel masing-masing atau bergerak ke kawasan lebih tinggi… Pejabat Konsulat sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memastikan keselamatan rakyat kita.

Menurutnya, mereka yang memerlukan bantuan perlu segera menghubungi Konsulat bagi membolehkan pihaknya mengesan lokasi dan mengatur sebarang tindakan pemindahan ke pusat perlindungan sementara.

@princesseida07

Nak balik .. lapaq dh ni .. kesian anak2 kecik .. ?? #fyp #hatyai #banjir

? ???????????? – MUSIC PRESENTS – MUSIC PRESENTS

Setakat tengah hari ini, keadaan di bandar Hatyai masih dilanda banjir besar dengan hampir semua laluan keluar tidak boleh dilalui kenderaan, kecuali beberapa laluan tertentu. Ada kemungkinan jalan menuju ke sempadan Thailand–Malaysia turut terputus akibat air naik.

Sebelum ini, media melaporkan hujan lebat berterusan sejak awal minggu menyebabkan banjir besar melanda lapan wilayah di selatan Thailand, menjejaskan hampir 360,000 penduduk di 48 daerah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM).

Antara wilayah terjejas termasuk Phatthalung, Satun dan Songkhla  lokasi tumpuan pelancong Malaysia setiap kali bercuti ke Thailand. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-21 20:44:32

"Call Kali Pertama Tak Dapat, Kali Kedua Terputus" - Hasrat Sambut Anak Sulung Berakhir Tragedi, Bayi Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan

The post “Nak Balik, Lapaq Dah Ni..” – Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.