Nak Bawa Adik Pulang Kerana Disyaki Didera, Pihak Maahad Tahfiz Tidak Benarkan, Siap Minta Pampasan

24 Sep 2022 • 10:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Satu kejadian yang kecoh berlaku di perkarangan sebuah Maahad Tahfiz di Shah Alam ketika sebuah keluarga berhasrat ingin membawa anak mereka pulang selepas disyaki didera.

@miyoiproperty Kes dera pelajar di Madrasah As-Solihin, Shah Alam. Sangat zalim #fyp #foryoupage #madrasahassolihin #shahalam #kesdera ♬ original sound – miyoiproperty

Menerusi satu video yang tular di TikTok, dapat dilihat pergelutan berlaku selepas beberapa orang individu yang dipercayai warden di pusat ilmu berkenaan enggan memberikan keizinan untuk keluarga tersebut membawa anak mereka pulang bagi membuat laporan polis.

Bukan itu sahaja, pihak pengurusan Maahad Tahfiz itu juga dikatakan meminta pampasan sebanyak RM11,970 kerana dikatakan keluarga tersebut telah melanggar perjanjian selepas ingin membawa anak mereka keluar dari pusat ilmu terbabit.

Bagi je lah budak tu balik

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan warden di pusat tahfiz berkenaan yang seakan-akan takut untuk membenarkan pelajar itu pulang bersama keluarganya.

image is not available

image is not available

image is not available

Katanya ni bukan pusat tahfiz tapi pusat pemulihan

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memaklumkan bahawa pusat tahfiz berkenaan bukanlah sebuah Maahad Tahfiz tetapi merupakan sebuah pusat pemulihan bagi mereka yang bermasalah.

image is not available

image is not available

Ni apa kes pula ni? Apa-apa pun semoga isu ni dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

Kredit: TikTok miyoiproperty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media