Nak Beli Diesel Melebihi Had? Anda Boleh Mohon Permit Khas

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat rakyat Malaysia! Mana-mana individu, syarikat berskala kecil atau organisasi yang layak, boleh memohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had.

Itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

image is not available

Difahamkan, permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.

"Pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan daripada agensi yang berkaitan dan membuat permohonan melalui Sistem Permit Khas melalui portal KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).

"Ini termasuklah bagi kegunaan pertanian dan penternakan dengan had kuantiti tidak melebihi 200 liter sehari bagi pembelian di stesen minyak," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi kementeriannya di Dewan Negara, semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved