“Nak Berniaga Sekalipun, Jangan Sampai Fitnah Rumah Tangga Orang” – Ryzal Ibrahim Bengang Dengan Siapa Tu?

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh Ryzal Ibrahim meluahkan rasa marah terhadap segelintir pihak yang gemar mereka-reka cerita demi untuk meraih keuntungan dengan pautan bisnes ‘affiliate’.

Menerusi Instagram story, Ryzal telah berkongsi tangkap layar yang memaparkan gambarnya dan isteri, Maryam dimuat naik oleh sebuah blog dengan tajuk ‘Maryam Menangis, Rupanya Sudah Setahun Pendam, Ini Yang Berlaku Antara Dia Dan Suami.’

Bagaimanapun, pautan yang diletak bukanlah artikel tersebut sebaliknya barangan dijual di platform bisnes.

Awak nak berniaga Shopee sekali pun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli. Sesetengah orang mungkin tak tekan link tu tapi kebanyakan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri.

image is not available

Ryzal juga sempat berkongsi potongan hadis tentang mereka yang menyebarkan fitnah dan mengadu domba tidak akan masuk ke syurga.

Makin ramai pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cara sebegini untuk mendapat keuntungan terutamanya di laman sosial Facebook.

Cara mereka, menggunakan gambar selebriti dan menulis tajuk yang ‘clickbait’ melibatkan rumah tangga, karier dan sebagainya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Wahai Pelaku, Penganiaya, Mahupun Pemfitnah Sekalian.." - Ibu Zayn Rayyan Kongsi Hantaran Azab Allah Terhadap Pemfitnah