
Pelakon Aidil Aziz yang ditemui media berkata dia enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden yang menimpa isterinya, aktres Fasha Sandha.
Ujar Aidil, keadaan Fasha lebih penting kerana kecederaan itu melibatkan mata kirinya.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, pihak produksi ada menghubunginya untuk memohon maaf mengenai insiden itu.
Produksi ada menghubungi saya untuk meminta maaf berhubung apa yang jadi. Namun, perkara ini sudah pun berlaku, nak cerita lebih pun tak guna.
Aidil juga memohon doa orang ramai agar isterinya yang masih berada di bawah pemantauan doktro itu diberikan kesembuhan dan kekuatan
Setakat ini Fasha memaklumkan bahagian mata kirinya masih lagi bengkak dan tulangnya patah, malah doktor turut menasihatinya agar banyak berehat.
Terdahulu, Fasha Sandha telah mengalami insiden terhantuk bucu meja ketika sesi penggambaran sebuah drama bersama Azhan Rani.
Fasha Sandha Cedera Ketika 'Shooting', Ada Netizen Salahkan Azhan Rani - "Agak-Agak La Nak Menjiwai Watak Pun, Kuat Sangat Lempar Tu"
The post “Nak Cerita Lebih Pun Tak Guna” – Fasha Sandha Cedera Parah Di Set Drama, Aidil Aziz Enggan Komen Lebih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

