“Nak Cover Malu, Nak Sedapkan Hati Sendiri” – Rita Rudaini Tegur Pasangan ‘Influencer’ Kongsi Pengalaman Digari SPRM

22 Jul 2024 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, pasangan influencer Aisyah Hijanah dah suami, Aliff Teega berkongsikan pengalaman ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui live TikTok.

Bagaimanapun, perkongsiaan yang dibuat dengan riak wajah ceria telah mengundang rasa kurang senang buat pelakon, Rita Rudaini,

Tak perlu beri penjelasan panjang lebar

Melalui Instagram Storynya, Rita memohon agar pengalaman ‘digari’ oleh pihak SPRM tidak dinormalisasikan kerana bimbang menjadi ikutan para remaja yang sekadar mahu rasa pengalaman sama.

image is not available

Jangan normalisasikan pengalaman digari

Dalam pada masa yang sama, aktres itu turut berkata memang wujud individu yang sanggup melakukan pelbagai cara, termasuk membuat penjelasan panjang lebar untuk menyorokkan rasa malu dan kesalahan sendiri.

image is not available

Malah, Rita memberi pesanan untuk mereka mendiamkan diri saja bagi mengelakkan isu lain timbul atau membuat orang ramai rasa marah apabila mendengar penjelasan mereka.

image is not available

Sekadar info, sebelum ini Aisyah Hijanah dan Alif Teega serta dua orang lagi individu telah ditahan oleh pihak SPRM bagi membantu siasatan kerana disyaki telah menyeleweng dana derma awam.

image is not available 1 week ago

Pasangan 'Influencer' Didakwa Seleweng Dana Derma Awam: 20 Akaun Lebih RM740K Dibeku Oleh SPRM