“Nak Curang, Jangan Curang Di Rembayung” – Khairul Aming Beri ‘Amaran’

LocalFood
22 Dec 2025 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memohon agar orang ramai memberikan kerjasama dan tidak menjadikan restorannya, Rembayung, sebagai lokasi untuk melakukan kecurangan.

Pemilik nama penuh Khairul Amin Kamarulzaman itu menjelaskan dia tidak mahu berada dalam situasi tidak menyenangkan sekiranya perkara sedemikian berlaku, apatah lagi jika ia dirakam dan tular di media sosial.

Advertisement

Menurutnya, sebagai pemilik premis, dia akan terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan daripada orang ramai sekiranya restoran tersebut dikaitkan dengan isu sensitif.

Yang mana nak curang, jangan curang di Rembayung. Saya tidak mahu nanti ada suami atau isteri datang bawa telefon atau kamera rakam kejadian itu.

Saya tidak mahu ada dalam video yang tular itu nanti. Jadi, tolong jangan curang di Rembayung sebab nanti saya yang kena jawab.

Khairul Aming berkata demikian selepas menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang bertanyakan mengenai cara menyantau individu yang curang.

View this post on Instagram

image is not available
image is not available

Kenyataan itu sekali gus mengundang perhatian netizen yang rata-rata memahami pendirian usahawan tersebut, selain menyifatkan permintaannya sebagai wajar bagi mengelakkan restoran itu terpalit dengan kontroversi tidak diingini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-22 13:41:44

Coach Cerai Perjelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, Hadir Ke Mahkamah Atas Dasar Kawan

The post “Nak Curang, Jangan Curang Di Rembayung” – Khairul Aming Beri ‘Amaran’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.