Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja Gen Z, pasti akan ada sahaja komen netizen mengenai anak muda dalam generasi tersebut. Sesetengah mengadu perangai mereka yang dikatakan ‘tidak semenggah’, tetapi ramai juga yang memuji kebijakan selain cara mereka mengendalikan sesuatu situasi.
Senang cerita topik Gen Z ini selalu menjadi highlight dan tular platform di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: “Benda Baik Patut Dirai” – Wanita Millenials Puji Gen Z, Berani Bersuara & Ubah Budaya Toksik
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak, Anggap Hanya Sebagai Subjek Pembelajaran
Tular Papan Tanda Pusat Jagaan Gen Z
Baru-baru ini, generasi ini sekali lagi mendapat perhatian selepas tular foto sebuah papan tanda bertulis ‘Pusat Jagaan Gen Z’ yang terletak berhadapan sebuah bangunan di Taman Bukit Cemerlang, Klang, Selangor.
Kebiasaannya, antara frasa yang sinonim dalam kalangan masyarakat adalah pusat jagaan orang tua. Namun siapa sangka, ‘pusat menjaga’ anak muda ini wujud ya.
“Siapa Gen Z tu dah boleh apply (daftar) siap-siap ,” kata pengguna Threads, Zaen Asyraf.

Pusat Jagaan Gen Z Sebenarnya Pusat Prasekolah, Yang Dah Kerja Tu Jangan Pula Pergi Daftar
Tetapi jangan teruja dulu, ini kerana Pusat Jagaan Gen Z tersebut bukanlah pusat jagaan seperti yang anda sangkakan, tetapi sebenarnya adalah pendidikan prasekolah dan tuisyen bagi penuntut Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak selepas waktu persekolahan yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Pusat Jagaan Gen Z Sediakan Makanan Halal Untuk Kanak-kanak Muslim
Pusat pendidikan yang berdekatan dengan SJKC Taman Rashna Klang itu turut menyediakan perkhidmatan panduan menyiapkan latihan sekolah oleh cikgu-cikgu berpengalaman.
Pusat Jagaan Gen Z yang ditubuhkan sejak 2021 itu turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan juga makanan halal.

Ramai Teruja Nak Masuk Pusat Jagaan Gen Z
Bagaimanapun seperti yang anda boleh ramalkan, sudah tentu ramai dalam kalangan netizen yang sudah pun teruja mendengar ada pusat jagaan kononnya khas untuk Gen Z ni.
“WiFi kuat tak? Tab atau iPad termasuk tak? Nak main game Roblox nanti dengan kawan-kawan,” kata seorang wanita.
“Setiap hari ada serve matcha tak?” tambah seorang pengguna Threads.
Tak Nak Kerja Dah, Nak Daftar Pusat Jagaan Gen Z – Netizen
Malah ada juga geng millenials yang sempat berjenaka melihat papan tanda itu.
“Tanda-tanda millenials pandai bawa diri, dah tua tak menyusahkan orang,” seloroh seorang warganet.
Sementara itu, segelintir individu yang sudah penat dengan kehidupan seharian dilihat mahu mendaftarkan diri di pusat jagaan berkenaan.
“Bolehlah Gen Z masuk sini, tak nak kerja dah,” ujar seorang gadis.
“Tolong saya nak daftar adik saya, buas macam harimau,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Lebih Separuh Gen Z Tak Mampu Berdepan Dengan Tekanan Kerja, Alami ‘Burnout’
Baca Artikel Berkaitan: Jom Tengok Destinasi Pilihan Geng Gen Z & Millenials Team Kami [Video]
