Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengundang perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran di Instagram menunjukkan gambar mesra bersama suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Bersama hantaran itu, Nora menulis kapsyen romantis ‘hanya satu’ berdoa semoga tahun 2024 memberi sinar baru untuk dia dan suami.

Tulisnya lagi, ‘akan ku jaga sebaik mungkin’ membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada pasangan ini akan menerima kehadiran orang baru.





Ada juga netizen mendakwa nampak ‘baby bump’ pada perut penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini. Betul ke? Apa-apa pun kita tunggu pengesahan daripada Datuk Nora sendiri.
Kredit: Instagram Nora Ariffin


