
PETALING JAYA: Anas Ridzuan meluahkan rasa kecewa dengan maklum balas sombong seorang netizen di laman Thread apabila pelakon berkenaan mempromosikan teater Mansur dan Liu dalam laman tersebut.
Akur dengan keputusan individu, Kata Anas, bagaimana pengguna media sosial berkenaan tidak perlu menulis komen tersebut sekiranya enggan menghadiri teater yang dipentaskan pada 10 hingga 20 September ini.
“Tak perlu rasanya tulis begini. Saya ni orang dewasa yang mempromosikan hasil kerja saya. Nak datang sila, tak nak datang pun saya okey,” katanya.
Terdahulu seorang pengguna Thread memberikan respon negatif apabila pelakon berkenaan memuat naik perkongsian yang mengajak pengikutnya menghadiri teater arahan M. Nasir itu.
”Maaf, bukan untuk kami,” katanya ringkas.
Respon individu tersebut menerima kecaman dengan ada yang menyifatkannya sebagai bukan penonton setia persembahan teater.
“Abaikan, bukannya dia pengikut setia teater pun,” ujar pengguna Thread.
Sementara itu Anas turu terasa pelik apabila ada diantara netizen yang menolak untuk hadir menonton teater tersebut kerana dibintangi pelakon sensasi Aliff Aziz.
The post Nak datang sila, tak nak datang pun saya okey – Anas Ridzuan appeared first on Utusan Malaysia.


