Nak ‘Drive’ Ke Thailand? Jangan Lupa Kaunter 8 Tau!

4 Jun 2024 • 9:47 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Semua borang kastam perlu dipulangkan ke kaunter nombor lapan atau pelancong akan dikenakan tindakan keras, termasuk disenarai hitam - Gambar TikTok

Ramai rakyat Malaysia gemar melancong ke Thailand, termasuk dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Destinasi seperti Hatyai, Yala dan Phuket sering menjadi tumpuan untuk mereka yang mahu memasuki negara Gajah Putih itu dengan memandu.

Tapi, jangan lupa, anda perlu memulangkan semula borang kastam sebaik sahaja mahu memasuki semula sempadan Malaysia.

Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja boleh menyebabkan anda didenda 1,000 baht sehari, bahkan turut disenarai hitam oleh pihak berkuasa Thailand. - Getaran, 4 Jun 2024

@getaranmy Seorang pengguna X neyrashazeyra berkongsi peringatan yang sangat berguna buat mereka yang akan atau biasa memandu sendiri ke Thailand. "Disebabkan Ada kawan2 Aku yang kena blacklisted dah and baru ni nak masuk semula Thailand dah kena tahan berjam2 pulak kat immigration...bayar denda 10K lagi. Sekali lagi, nak remind. JANGAN LUPA PULANGKAN CUSTOMS DECLARATION FORM!!!" #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

View Original Article