
Kita semua melalui cabaran yang sama, nak rasa cukup, nak rasa tenang, tapi dalam masa sama hati tetap teringin untuk ada lebih. Sesekali kita nak reward diri sendiri, belanja sesuatu yang buat kita tersenyum, atau nikmati momen kecil yang membahagiakan.
Tapi hidup bukan sekadar tentang hari ini. Dalam diri kita ada juga impian besar yang tak pernah padam — nak melancong ke luar negara, nak upgrade gaya hidup, nak pastikan keluarga dapat yang terbaik, dan paling penting nak ada jaminan bila fikir tentang masa depan.
Persoalannya, macam mana nak capai keseimbangan tu? Macam mana nak rasa tenang dengan apa yang ada hari ini, tapi tetap bergerak ke arah impian yang lebih besar esok?
Faham sangat apabila Alif Satar cuba seimbangkan semua reward diri demi keselesaan hari ini tapi dalam masa yang sama untuk kesenangan masa hadapan.
Dengan Akaun HLB Meezani-i, keseimbangan itu jadi lebih mudah. Produk daripada Hong Leong Islamic Bank ini merupakan akaun pelaburan harian patuh Syariah yang membolehkan anda mula melabur dengan hanya RM100.

Tanpa komitmen jumlah tetap atau tempoh kunci (lock-in), duit boleh keluar masuk bila-bila masa. Ia berfungsi seakan-akan akaun simpanan berisiko rendah.
Akaun ini memberi fleksibiliti sepenuhnya, anda boleh membuat pengeluaran dan deposit pada bila-bila masa melalui ATM, CDM (Cash Deposit Machine), perkhidmatan “over-the-counter”, serta melalui aplikasi atau laman web HLB Connect.
Lebih menarik, setiap penyimpanan minimum RM100 melayakkan anda untuk menyertai cabutan hadiah berperingkat bermula dengan harian, mingguan, bulanan, suku tahunan dan tahunan.
Antara hadiah lumayan yang menanti termasuk kereta Denza D9, motosikal Yamaha Legenda EZ115, simpanan pendidikan, pakej umrah, percutian keluarga, jongkong emas 10g 999, dan banyak lagi (tertakluk pada terma & syarat).
Akhirnya, hidup bukan sekadar bekerja keras, tetapi bagaimana kita bijak mengimbangi keselesaan hari ini dengan impian masa depan. Pastinya Alif Satar pun bersetuju dengan mesej ini kan?
Dengan Akaun HLB Meezani-i, setiap RM100 yang anda simpan boleh jadi permulaan untuk sesuatu yang lebih besar sama ada ganjaran kecil yang menceriakan hari anda, atau peluang memiliki hadiah besar yang mengubah hidup.
Jadi, kalau anda dah tak sabar nak miliki akaun ini, anda boleh terus ke laman Akaun HLB Meezani-i dan set up janji temu di sini.
Selain secara online, anda juga boleh membuka Akaun HLB Meezani-i di mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank yang berdekatan.
Reward untuk diri, manfaat untuk masa depan. Hidup jadi lebih seimbang dengan Akaun HLB Meezani-i
The post Nak Hidup Seimbang Macam Alif Satar? RM100 Pun Dah Cukup Nak Start first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


