“Nak Jadi Menteri Perlu Dengar Rintihan Rakyat…” – Rita Rudaini Tak Setuju KPM Mansuh Peperiksaan, Mahu Silibus Diringankan

LocalPolitics
28 Nov 2024 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Rita Rudaini berkata sebagai seorang menteri sepatutnya mendengar rintihan rakyat sebelum membuat sebarang pertukaran sistem.

Menerusi beberapa hantaran yang telah dimuat naik di Instagram Storynya, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar menyatakan pendapatnya mengenai keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang membuat usulan untuk memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

Ramai yang tidak bersetuju dari mula-mula zaman UPSR dan PMR di hapuskan. Macam tiada hala tuju.

 

Nak jadi menteri perlu dengar rintihan rakyat. Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar. Para pendidik belum sempat nak hadam sistem yang lama.

 

Kita ibu bapa pulak yang tertekan. Cikgu-cikgu tidak tahu lah rasa macam mana.

image is not available

Menurutnya, peperiksaan bukanlah punca utama pelajar tertekan sebaliknya silibus yang harus diringankan.

Peperiksaan patut dikekalkan, silibus yang mengarut tu yang patut ditukar.

image is not available

Dia juga berkata kehidupan adalah sesuatu yang penuh dengan ujian.

image is not available

Sekadar info tambahan, UPSR dan PT3 telah dimansuhkan pada 2022.

image is not available 2 weeks ago

Rita Rudaini Anggap Keputusan Kekal Mansuh UPSR & PT3 Sebagai Merepek - "Budak-Budak Sekarang Makin Malas & Tiada Kualiti"