“Nak Kata Bahagia Selalu Pun Tidak” – Uqasha Senrose Akui Rumahtangga Ada Pasang Surut!

LocalEntertainment
1 Nov 2024 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Uqasha Senrose Kamal Adli

Pelakon cantik, Uqasha Senrose tampil menangkis spekulasi bahawa rumahtangganya bersama Kamal Adli sedang mengalami masalah. 

Menurut Uqasha, setiap pasangan suami isteri pasti akan berdepan dengan ujian dalam kehidupan rumah tangga.

Bekerja dan menjaga anak adalah pengalaman baru bagi kami. Bergaduh kecil memang ada, contohnya, saya selalu ingatkan Kamal untuk basuh tangan sebelum pegang anak.

Normal ada liku-liku dalam rumahtangga

image is not available

Uqasha juga menjelaskan bahawa tidak semua perkahwinan sempurna dan tanpa masalah. Bagi mereka, selagi tidak sampai ke mahkamah, semua ini dianggap normal dan sebahagian daripada perjalanan berumahtangga.

Bila sudah beranak dan jadi ibu, jaga emosi paling penting. Gosip bukan-bukan saya tolak ke tepi.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli fokus jaga anak

image is not available

Di tengah kesibukan kerja, Uqasha dan Kamal kini memberi perhatian sepenuhnya kepada anak kesayangan mereka, Hawra Uqaira, yang baru-baru ini ditahan di hospital akibat Influenza A. 

Keutamaan mereka jelas terarah kepada kesihatan dan kesejahteraan anak mereka, walaupun sibuk dengan komitmen kerjaya masing-masing.

Sebagai info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Janda Baik, Pahang.

#OhmediaNasihat

Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti akan melalui cabaran dan dugaan. Namun, yang penting adalah bagaimana kita mengatasi masalah dan mengekalkan komunikasi yang baik. 

Belajar untuk menerima kelemahan pasangan dan saling memahami adalah kunci kepada rumahtangga yang bahagia. 

Jadi, kalau ada masalah kecil, jangan cepat melatah. Sesuaikan diri dan teruskan usaha untuk kebahagiaan bersama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal Hiburan