Nak Ke Thailand? Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Thailand Dalam Talian

WorldTravel
30 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian bagi yang mahu mengunjungi Thailand!

Ini kerana rakyat Malaysia yang mahu melawat negara itu selepas 1 Mei perlu melengkapkan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tiba di negara terbabit.

image is not available

Untuk makluman, Thailand akan menggunakan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) bermula esok bagi menggantikan penggunaan borang ketibaan kertas bagi semua pelawat antarabangsa yang masuk melalui laut, udara dan darat.

Kuasa Usaha Ad interim Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata,pengembara diingatkan bahawa TDAC mesti diserahkan tiga hari sebelum ketibaan mereka di Thailand, termasuk tarikh ketibaan.

"Sebagai contoh, mereka yang tiba pada 5 Mei, boleh mula menyerahkan TDAC mereka pada 2 Mei," katanya kepada Bernama baru-baru ini

image is not available

Sistem TDAC, yang akan menggantikan borang imigresen TM6, dibangunkan untuk menyelaraskan prosedur kemasukan menggunakan teknologi perjalanan pintar yang moden, selamat dan cekap. - Bernam