Nak Keberkatan, Justin Bieber Tak Pernah Sentuh Hailey Sebelum Kahwin

EntertainmentMusic
5 Oct 2023 • 3:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi terkenal, Justin Bieber tak pernah sentuh Hailey Bieber sebelum mendirikan rumah tangga pada September 2018.

Menerusi laporan Vogue, Justin akan menggelakkan dirinya daripada melakukan hubungan pelamin bagi menghindarkan kesan buruk terhadap dirinya.

Justin Bieber tak pernah sentuh Hailey

image is not available

“Saya fikir seks sebelum berkahwin boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk termasuk merosakkan jiwa seseorang.

“Kadang-kadang orang memilih melakukan hubungan seks sebelum berkahwin kerana mereka rasa diri tidak cukup bagus. Mereka buat perkara itu kerana tiada harga diri,” katanya.

image is not available

Tambah pelantun lagu Baby itu lagi, keputusan tersebut dilakukan untuk mencari keberkatan dalam hubungannya serta mendekatkan diri kepada tuhan.

Bukan itu sahaja, dia mahu menjaga kesihatan mental berbanding memuaskan nafsu sendiri.

“Melalui cara ini, ia benar-benar lebih baik untuk jiwa dan mental. Saya percaya bahawa Tuhan memberkati saya dengan Hailey,” ujarnya lagi.

image is not available

Sumber: Vogue (Rob Haskell)