“Nak Kerja Mudah, Anak Jadi Mangsa” – Pasangan Bercerai Selepas Anak Mati Tersedak Susu Guna Alat Inovasi

Family & Parenting
10 Jul 2023 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekarang ini, setiap inovasi serta teknologi yang dicipta dapat bantu meringankan tugasan harian setiap pengguna.

Bagaimanapun, para ibu bapa juga perlu berhati-hati apabila membeli barang yang terlalu inovasi kerana bimbang membuat padah kepada anak-anak.

Contoh barang inovasi yang membahayakan anak kecil ketika ini adalah bantal penyangga botol susu.

image is not available

Hal yang membimbangkan apabila ibu bapa menggunakan bantal ini adalah bayi kecil akan tersedak susu tanpa pengetahuan orang dewasa kerana dibiarkan tinggal seorang diri.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna Twitter, seorang individu memberitahu anak rakan sekerjanya meninggal dunia disebabkan tersedak selepas guna alat inovasi ini.

Bukan saja kehilangan anak, malah pasangan suami isteri terbabit juga bercerai.

image is not available

Lebih menyedihkan, anak tersebut merupakan zuriat yang dinanti-nantikan oleh pasangan terbuat untuk sekian lama.

Kebanyakkan netizen merasakan ibu bapa yang menggunakan alat inovasi ini tidak bertanggungjawab dan sejenis mengambil mudah semua perkara hingga membahayakan anak sendiri.

image is not available 1 year ago

Ibu Kesal 'Breastfeed' Sambil Baring, Anak Tersedak Sampai Susu Mengalir Dari Telinga