“Nak Kerja Situ Jugak” – Song Jihyo Beri Hadiah Mewah Bernilai Lebih RM1500 Buat Staf Malaysia

23 Jan 2024 • 12:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Song Ji-hyo memang terkenal sebagai seorang yang murah hati dan sering melayan peminatnya dengan baik.

Terbaru, seorang staf yang bekerja di Nexus Pharmaceutical dan turut bekerja rapat dengan pelakon tersebut di bawah jenama Glutanex di mana dia merupakan dutanya telah memuat naik satu entri di laman sosialnya.

Katanya, Song Ji-hyo telah memberikan minyak wangi berjenama sebagai hadiah tahun baru. Malah ramai yang meluahkan rasa cemburu kerana hadiah itu berharga 460,000 won (RM1,620).

Komen peminat,

Ada tak jawatan kosong kat sana, nak apply?

 

Baiknya dia.

 

Jadi tea lady pun jadi lah.

 

Seronoknya kerja situ dapat jumpa Song Ji-hyo.

Untunglah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.