“Nak Lari Dari Undi La Tu” – Janna Nick ‘Healing’ Di Eropah, Netizen Pesan Jangan Lupa PRU15

Entertainment
17 Nov 2022 • 12:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick dikhabarkan sudah menamatkan hubungan cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann selepas memuat naik hantaran ‘broken’ di laman Instagram.

Terkini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dikatakan cuba mencari ketenangan di Eropah.

Cari ketenangan.. merajuk.

Perkara itu dikongsi oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana menerusi Insta Story memaklumkan dia terserempak pelakon berusia 27 tahun itu di lapangan terbang.

Boleh pula terjumpa Janna Nick kat airport. Jaga diri sorang-sorang di manamu berada nanti. Love you.

image is not available

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap Janna bertuah kerana berpeluang untuk ‘healing’ di luar negara.

image is not available

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Gatal itu ‘travel’ ke luar negara di saat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Dah Berakhir Untuk Selamanya.." - Hubungan Cinta Janna Nick & Dini Schatzmann Putus Di Tengah Jalan?