“Nak Marah Tapi Kena Sabar” – Bapa Reda Anak Dua Kali Main Beras Hampir 10KG [Video]

Family & Parenting
15 Sep 2022 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Bapa reda anak main beras

Anak-anak kecil yang berusia bawah tujuh tahun sememangnya sedang aktif untuk menerokai dunia mereka.

Oleh itu, ketika di fasa ini pasti ada sahaja perkara yang mereka lakukan sehingga adakalanya membuatkan ibu bapa pening namun dalam masa sama terhibur dengan keletah mereka.

Bapa terpaksa reda dengan telatah anak main beras

Perkara sama turut terjadi kepada seorang bapa yang terpaksa reda dengan apa yang dilakukan oleh anak kecilnya sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh IkmalChil, jelas menunjukkan anaknya sedang berdiri sambil di belakangnya kelihatan banyak beras bertaburan di lantai.

Bapanya kemudian bertanya apakah yang dimain oleh anak sulungnya itu diikuti dengan ketawa kecilnya.

Tunjuk beras sambil melompat dan baring di atasnya

Anaknya itu lalu menjawab ini dan kemudian mengambil beras itu sambil melompat dan berbaring di atas beras berkenaan seperti sedang berada di padang pasir.

“Along buat apa long? sedap (seronok) ke main macam tu?

“MasyaAllah ini kali kedua dah along, dah 10 kilo dah habis,” kata bapanya sambil ketawa.

Jelasnya juga, jika hendak memarahi kanak-kanak itu, insiden tersebut sudah pun terjadi. Dia hanya berdoa agar rezeki mereka semakin bertambah kerana sudah membahagiakan anak.

Maklum beras yang dimain adalah beras baharu

Dalam video tersebut turut kedengaran suara si isteri memaklumkan beras yang dimain oleh anaknya itu merupakan beras baharu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur dengan keletah comel kanak-kanak itu dan ada juga yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama seperti itu.

“Nasib comel, tak jadi acik nak marah adik”

image is not available

“Lama sangat tak bawa pergi pantai tu”

image is not available