Nak Minum, Masak atau Buat Latte? Ini Susu Segar Yang Sesuai Dipilih Ikut Kegunaan

FoodCooking
23 Jul 2026 • 9:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Nak Minum, Masak atau Buat Latte? Ini Susu Segar Yang Sesuai Dipilih Ikut Kegunaan

Nak Minum, Masak atau Buat Latte? Ini Susu Segar Yang Sesuai Dipilih Ikut Kegunaan

Apabila ke pasaraya, ramai yang beli susu segar, dengan pelbagai niat dan tujuan masing-masing. Susu segar boleh dianggap sebagai produk permintaan tinggi kerana ia boleh divariasikan hidangannya dengan pelbagai cara dan gaya. Namun, adakah susu segar yang dipilih benar-benar sesuai dengan kegunaannya?

Secara realitinya, ada yang memilih susu segar untuk diminum terus, ada yang menggunakannya dalam masakan, dan ada juga yang menjadikannya pilihan untuk digabungkan dengan kopi. Namun, tahu tak yang tidak semua susu segar dihasilkan mengikut standard dan SOP yang sama. Malah ada yang melalui rutin pemprosesan yang berlebihan berbanding yang lain. Jadi artikel ini akan nyatakan pilihan susu segar yang tepat mengikut kegunaan.

Untuk Diminum Terus

Jika niat dari awal untuk minum terus, susu segar terbaik adalah yang mengandungi satu bahan sahaja, yakni tanpa campuran susu tepung dan bahan lain. Kebiasaannya, susu segar jenis ini lebih rasa clean dan natural. Keadaan tekstur juga lebih ringan dan lidah anda akan mengakui yang ada rasa berkrim semulajadi. Untuk mendapatkan kepuasan yang lebih, susu segar untuk diminum terus adalah lebih baik ketika ia sejuk.

Image from: Nak Minum, Masak atau Buat Latte? Ini Susu Segar Yang Sesuai Dipilih Ikut Kegunaan

Untuk Masak

Dalam masakan, susu segar sangat memainkan peranan penting dalam memberi rasa lemak, tekstur dan aroma yang lebih seimbang. Kebiasaannya, susu segar menjadikan kuat lebih berkrim tanpa rasa ‘berat’, menguatkan rasa hidangan seperti sup, pasta dan sos, dan juga tidak mudah meninggalkan rasa pelik selepas dimasak. Kunci utamanya adalah susu yang diproses perlulah secara minimum supaya rasa asalnya masih terpelihara walaupun dipanaskan.

Untuk Latte & Minuman Berasaskan Kopi

Bagi penggemar kopi, tidak semua susu segar sesuai untuk digabungkan sebagai latte. Barista atau yang menyediakan kopi, pasti akan menggunakan susu segar yang berkualiti tinggi. Tapi bagaimana nak tahu? Mudah saja, susu segar berkualiti tinggi biasanya buih lebih halus dan stabil, rasa susunya seimbang dengan espresso dan tekstur microfoam yang sesuai untuk latte art.

Semuanya itu datang daripada proses penstabilan dan pempasteuran yang terkawal, memastikan struktur protein susu kekal optimum untuk berbuah.

Apa Yang Jadikan Susu Segar Itu Lebih Berkualiti

Disebalik susu segar yang baik, ada beberapa faktor penting yang menentukan kualitinya:

Satu sumber,Dihasilkan daripada 100% susu lembu segar, tanpa campuran bahan lain.

Sumber tempatan berkualiti: Susu diperoleh daripada ladang tempatan yang menternak lembu Holstein, bagi memastikan kualiti, kesegaran dan bekalan yang konsisten.

Flash Pasteurisation 0.09 saat: Proses pantas yang membantu mengekalkan kesegaran, nutrien dan tekstur berkrim sambil memastikan susu selamat untuk diminum.

Komitmen terhadap kualiti dan ketelusan: Setiap proses, daripada sumber susu hingga ke pembungkusan, menitikberatkan standard kualiti tinggi, ketelusan dan kecemerlangan industri tenusu tempatan.

Magnolia 100% Susu Segar

Image from: Nak Minum, Masak atau Buat Latte? Ini Susu Segar Yang Sesuai Dipilih Ikut Kegunaan

Apa yang menariknya, kesemua ciri susu segar yang berkualiti disenaraikan di atas sudah boleh dinikmati dalam sekotak Magnolia 100% Fresh Milk. Dengan hanya 1 jenis, anda kini boleh menikmatinya dengan pelbagai cara, sama ada nak minum terus, nak buat masak atau untuk sediakan kopi pun boleh.

Jadi, sudah pasti dan tidak hairanlah sekiranya ramai yang memilih susu segar Magnolia untuk dijadikan barangan wajib dibawa pulang setiap kali membeli-belah di pasar raya.

Sama ada untuk diminum terus, digunakan dalam dapur, atau menghasilkan latte yang sempurna, pilihan susu segar yang berkualiti tinggi akan memberi perbezaan yang jelas dari segi rasa, tekstur dan pengalaman. Dan apabila anda tahu susu itu datang dari sumber yang bersih, segar, dan diproses secara minimum, setiap tegukan atau hidangan jadi lebih bermakna.

Jadi, pilihan yang paling tepat, sudah semestinya Magnolia 100% Susu Segar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk F&N Magnolia serta menerokai rangkaian penuhnya, klik DI SINI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved