“Nak Muntah Tengok!” – Lantai Dapur Penuh Taugeh, Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya

Food
25 Jun 2022 • 2:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian foto di page Facebook JJCMKedah baru-baru ini menjadi tular gara-gara netizen mendedahkan keadaan dapur sebuah restoran yang sangat kotor dan meloyakan.

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama sekali di bahagian lantai dapur restoran itu yang dipenuhi sisa makanan dan sampah.

Lebih menjijikkan apabila tempat memasak turut dipenuhi dengan bahan masakan yang tidak diasingkan sekaligus membolehkan keberangkalian jangkitan bersilang ‘cross contamination’ pada makanan terjadi.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi restoran berkenaan bertempat di mana kerana ia tidak dinyatakan dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geli dan tidak menyangka keadaan dapur restoran itu wujud di dunia nyata.

image is not available

Sumber : Facebook  

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka enggan lagi makan di tempat yang terlalu ramai pelanggan kerana berkemungkinan dapur restoran dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO)"Tak Cukup Makan Lagi Ke Kat Bandar?"- Rakus Tarah Hasil Bumi, Wanita Orang Asli Ini Sindir Peneroka Tanah