“Nak Pakai Tak Salah Tapi Biar Kena Dengan Tempat” – Netizen Terkilan Dolla Cemarkan Baju Celoreng Tentera

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 10:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, kumpulan Dolla telah menarik perhatian warga maya selepas tular video memaparkan ahlinya memakai baju celoreng tentera ketika membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024.

Netizen meluahkan rasa terkilan apabila Dolla telah mencemarkan baju celoreng tersebut apabila berjoget sakan ketika membuat persembahan.

image is not available

Video persembahan dimuat naik seorang pengguna TikTok namun hantaran telah dipadam selepas mendapat kecaman hebat daripada netizen.

image is not available

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafiz Azri mempersoalkan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu ini.

TERKILAN!!! Jika ditanya kepada mereka yang bergelar Tentera Darat pasti masing-masing akan meluahkan rasa tersinggung.

Dimanakah silap? Adakah penganjur lupa untuk rujuk mana-mana badan bertanggungjawab? Benda sudah jadi!!! Apa tindakan?

Ramai yang tersinggung, nak pakai tak salah tapi biarlah kena dengan tempat dan cara pemakaian.

Setakat ini, pihak Dolla tiada memberi apa-apa keterangan berkaitan isu yang tular itu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Hafiz Azri