“Nak Pegang Kena Berlapik” – Bukan Berlagak ‘Alim’, Alif Satar Elak Lakukan Adegan Mesra Dan Intim

Entertainment
16 Aug 2022 • 4:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selebriti yang kini menjadi perhatian ramai kerana lakonannya iaitu Alif Satar mengakui elakkan diri dari melakukan adegan mesra ataupun intim dengan pelakon wanita yang digandingkan di dalam drama.

Menurut Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, sebab dirinya mengambil tindakan tersebut kerana bukan ingin berlagak alim tetapi untuk menghormati statusnya sebagai seorang suami serta bapa.

Tambahan lagi, keputusannya itu juga dipengaruhi oleh pandangan masyarakat yang semakin hari, semakin bijak menilai baik atau buruk sebagai pelakon beragama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja.

Sebagai seorang yang sudah lama dalam industri seni lakonan, tentu saja Alif mahu memberikan yang terbaik namun perlu mengambil kira apa yang akan dihadapi olehnya jika berlakon adegan mesra.

Namun begitu, dia turut berpendapat setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dalam menjayakan watak ataupun adegan mesra dalam sesebuah drama.

Sekadar info, kebelakangan ini sering kita lihat pelakon-pelakon seperti tidak menjaga sensitif sebagai seorang umat Islam dan susulan itu, ramai netizen menjadikan ia sebagai bahan kecaman.

image is not available 1 minggu lalu

"Apa Perasaan Laki Bini?" - Sakan Menari Sambil Berpelukan, Aksi Mesra Emma Maembong & Shahz Jaszle Dikritik

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved