Nak Pertahankan Diri & Maruah Keluarga, Abang Belon Nekad Buat Laporan Polis – “Saya Akan Lawan, Perkara Ini Zalim..”

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, baru-baru ini, peniaga belon yang terlibat dalam pergelutan dengan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Buat laporan polis demi pertahankan diri & maruah keluarga

Abang belon atau nama sebenarnya, Muhammad Zaimuddin Azlan telah membuat laporan sekitar jam 11.09, ditemani oleh ibu dan bapanya bersama peguam Rafique Rashid, Che’gu Bard serta pengamal perubatan, Dr. Mohd. Hafidz Rizal.

Keputusan tersebut dibuat oleh peniaga berkenaan kerana mahu mempertahankan diri dan maruah keluarganya.

image is not available

Saya hendak berubah, bukan mudah jadi orang miskin. Saya akan lawan sebab perkara ini zalim. Pada pihak berkuasa, tolong bertindak ikut undang-undang. saya hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga saya. Kami pun hendak beraya macam orang lain.

Ucap terima kasih kepada yang membantu

Dalam pada masa yang sama, Muhammad Zaimuddin turut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengunjunginya di hospital.

image is not available

Pada yang komen beri kata-kata hina, saya doakan perkara yang kena pada saya tidak dilalui oleh anda semua. Saya lihat video viral itu dan saya mohon maaf pada ibu, ayah dan kakak serta adik saya.

Sebelum ini, tular video memaparkan pergelutan antara peniaga belon dan penguat kuasa DBKL yang berlaku di jalan TAR.

image is not available 1 week ago

DBKL Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon di Jalan TAR