“Nak pikat anak, kena pikat menantu dulu” – Che Ta tak cerewet, nekad jadi ibu mentua idaman

LocalFamily & Parenting
17 Jul 2025 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular Rozita Che Wan menegaskan bahawa beliau tidak akan bersikap cerewet terhadap bakal menantunya, sebaliknya memilih untuk menyemai kasih sayang demi keharmonian keluarga.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, berkata, sebagai ibu mentua, menjaga hati menantu sama penting dengan menjaga hubungan dengan anak sendiri.

“Saya bukan sejenis mak mentua yang cerewet. Kalau nak cerewet dengan menantu, takut nanti anak kita tak nak balik rumah.
“Nak pikat anak kita, kena pikat dulu menantu,” katanya, semalam.

image is not available

Che Ta pesan kena pikat menantu dulu

Menurut Che Ta, pendekatan itu dipelajarinya daripada pengalaman bersama bekas ibu mentua terdahulu yang sentiasa berlembut dan tidak pernah memaksa.

“Dia tak pernah arah atau suruh saya buat sesuatu.
“Contohnya, dia akan cakap, ‘Hari ni mama buat pulut kuning, teringat kat Rozi, Rozi kan suka.’
“Itu cara halus dia nak ajak saya balik rumah. Saya belajar benda tu dan akan guna pendekatan sama untuk bakal menantu saya nanti,” katanya.

image is not available

image is not available

Pada Ogos tahun lalu, Che Ta mendedahkan bahawa anak sulungnya, Ammar Effendy, 29, telah merancang untuk melangsungkan majlis merisik bersama pasangannya.

Pasangan berkenaan dijangka mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sumber: Hib Glam (Helmi Anuar)