
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kucing atau turut dipanggil ‘meow’ merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan orang ramai.
Tidak kiralah baka apa sekalipun, bahkan kucing jalanan juga sentiasa menerima layanan yang baik dari orang ramai. Bukan hanya itu ada yang sanggup mengeluarkan belanja besar bagi memastikan kebajikan si comel ini sentiasa terjaga.
Sama seperti manusia, haiwan juga perlu mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bersesuaian dengan diet si bulus.
Yelah mereka ini seperti keluarga, jadi kesihatan si comel juga perlu dijaga dengan baik kerana kos rawatan juga tidak murah. Maka antara langkah terbaik adalah pastikan anda memilih makanan yang berkhasiat.
Tak dinafikan selain kibble atau biskut yang sering diberikan, adakalanya anda mungkin mahu memberikan makanan basah (wet food) seperti makanan dalam tin.
Wanita kongsi cara pilih makanan basah dalam tin yang bagus untuk kucing
Baru-baru ini seorang wanita di threads menerusi akaun Cokilovecat telah berkongsi beberapa perkara penting untuk pilih makanan basah dalam tin yang berkhasiat.
“Pernah tak awak berdiri depan rak kedai haiwan, tengok berpuluh tin wet food (makanan basah), lepas tu ambil mana-mana je sebab keliru? Saya pernah, berkali-kali.
“Selepas Mimy (kucing peliharaan) kena masalah urinary, saya terpaksa betul-betul belajar cara baca label makanan kucing.
“Rasa macam baca bahan kek tapi lagi penting sebab ni pasal kesihatan dia,” jelasnya.
Tanpa berlengah jom kami kongsikan:
#1 Lengkap & Seimbang (Complete & balance)

Kata wanita berkenaan, pemilik si bulus boleh mencari perkataan ‘complete & balanced’ pada bahagian label.
Katanya sekiranya ayat tersebut tidak ada, ia bermaksud makanan itu hanya sekadar makanan tambahan sahaja dan tidak mempunya nutrisi yang cukup.
#2 Protein dari daging sebenar

Ada segelintir yang mungkin hanya menggunakan bahan perisa sahaja namun bukan daripada bahan sebenar.
Sama lah seperti manusia kita digalakkan untuk makan makanan sebenar atau real food. Bagi si comel pula antara bahan yang perlu diperhatikan adalah bahan paling banyak digunakan dalam makanan terbabit.
Pastikan labelnya tertera ‘ayam’, ‘ikan tuna’ atau ‘salmon’ dan bukan ‘daripada makanan berasas daging atau ‘meat by-product’ atau ‘Animal derivative’ sebagai bahan utama.
#3 Mempunyai kandungan yang lembut

Seperti manusia, haiwan juga memerlukan air yang cukup dalam badan mereka bagi mengelakkan berlaku masalah seperti batu karang dan sebagainya.
Oleh itu, pastikan makanan di dalam tin yang diambil mempunyai kandungan air tinggi atau lembut kerana bagus untuk hidrasi kucing.
#4 Elak phosphorus dan magnesium dalam badan kucing terlalu tinggi

Bahan semula jadi yang telalu tinggi di dalam badan si comel juga sebenarnya boleh mengundang kepada masalah kesihatan.
Sebagai contoh Phosphorus dan magnesium yang berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya pembentukkan kristal (batu karang) dalam saluran kencing mereka.
Oleh itu, jika kucing anda sebelum ini mempunyai sejarah masalah batu karang perlulah lebih berhati-hati.
#5 Tiada gula atau pewarna tambahan

Haa anda ingat bayi sahaja yang makan ‘no sugar, no salt’, kucing pun begitu juga. Yelah kita tidak mahu mereka ini mempunyai masalah kesihatan lain.
Kucing juga boleh berpotensi ada masalah kencing manis tau korang. Jadi kalau nampak bahan ni ada dalam senarai kandungan makanan basah itu, adalah lebih baik untuk anda tidak membelinya.
Lebih simple senarai kandungan makanan dalam tin itu sebenarnya ia lebih bagus.
#6 Peratus bahan seperti gandum atau jagung sedikit

Kucing merupakan haiwan karnivor maka bahan seperti gandum atau jangung mahupun soya sebenarnya tidak mempunyai banyak nutrisi untuk si comel.
Apa yang lebih diperlukan adalah protein dan bukannya karbohidrat.
Selain itu, jika kucing anda mempunyai isu kesihatan anda juga boleh membeli makanan basah khas untuk masalah berkenaan sebagai contoh makanan basah untuk masalah batu karang, perut sensitif dan sebagainya.
Kebiasaannya makanan basah khas seperti ini ada dijual di klinik haiwan.
View on Threads
