Nak rasa pandu EV tapi dalam kereta petrol? Cuba usyar teknologi Nissan e-Power

LocalCars
25 Sep 2024 • 4:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nissan akan lancarkan sebuah kereta yang menarik dalam tahun 2024. Model yang akan dilancarkan adalah Nissan Kicks e-Power. Ia adalah sebuah SUV segmen B yang bersaing dengan model seperti Perodua Ativa, Proton X50, Honda WRV, Honda HR-V e:HEV, dan model-model SUV kompak ataupun B+ lain.

image is not available

Perkara yang menarik tentang Nissan Kicks yang akan masuki Malaysia nanti adalah teknologi e-Power yang menggerakkan rodanya. Ringkasnya, anda beroleh pengalaman memandu EV pada sebuah kereta bukan EV.

image is not available

Nissan e-Power: Bukan EV tapi rasa macam EV

Saya diberi peluang untuk memandu uji sebuah Nissan Kicks ini dan saya akui yang pengalaman memandunya sangat mirip sebuah EV. Persamaan itu merujuk kepada tork segera yang boleh dirasakan apabila pedal minyak ditekan dan kepantasan kenderaan ini mencapai kelajuan cruising yang selesa.Tork setinggi 280Nm yang dimiliki Kicks adalah lebih tinggi daripada semua pesaing yang disebutkan tadi.

image is not available

Selain itu, tiada bunyi deruman enjin yang terlalu kuat pada sebagian besar sesi memandu buatkan orang yang berada dalam kereta berasa selesa. Dua ciri karakter yang dimiliki EV itulah yang berjaya disimulasikan Nissan Kicks e-Power.

Nissan e-Power: Enjin petrol hanya jana tenaga elektrik

Nissan e-Power adalah sistem hibrid yang dibangunkan untuk tawarkan ciri pemanduan seakan EV dengan kombinasi motor elektrik dan enjin petrol.

image is not available

Tak seperti sistem hibrid konvensional apabila motor elektrik dan enjin petrol bekerja bersama-sama gerakkan roda, sistem e-Power bergantung sepenuhnya kepada motor elektrik untuk putarkan roda. Enjin petrol masih ada, cuma tugasnya hanya untuk menjana tenaga elektrik.

image is not available

Dalam kes Nissan Kicks, sistem e-Power kereta ini mengandungi sebuah enjin 1.2L yang menjana elektrik untuk isi bateri berkapasiti 2.06kWh. Apabila sistem mengesan yang kuasa bateri tidak mampu untuk membekalkan tenaga elektrik yang cukup, tenaga yang dijana enjin petrol tadi boleh disalurkan terus ke motor tanpa melalui bateri.

image is not available

Nissan e-Power: Kecekapan seperti sistem hibrid biasa

Daripada info yang dibekalkan Nissan, kecekapan penggunaan bahan api sistem Nissan e-Power ini adalah pada 21.5km/L. Paras tersebut dilihat hampir sama sahaja dengan sistem konvensional sedia ada. Contohnya, Honda HR-V diiklankan mempunyai kecekapan bahan api 24.4km/L.