Nak Rawat Suami Curang Guna Perkhidmatan Bomoh, Isteri Diperdaya RM 59,750 Di Kuching

27 Jul 2022 • 1:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Si isteri ditipu oleh rakan sendiri dengan perkhidmatan bomoh yang tidak wujud.

Nak Rawat Suami Curang Guna Perkhidmatan Bomoh, Isteri Diperdaya RM 59,750 Di Kuching. Ditipu rakan sendiri dengan perkhidmatan bomoh, seorang wanita di Kuching rugi wang bernilai RM 59,750 untuk merawat suaminya yang dipercayai melakukan hubungan sulit.

Menurut laporan akhbar tempatan, mangsa didakwa telah diperdaya rakannya untuk mempercayai bahawa dia boleh merawat suaminya yang disyaki menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain.

image is not available
Nak Rawat Suami Curang Guna Perkhidmatan Bomoh, Isteri Diperdaya RM 59,750 Di Kuching

Mangsa membuat laporan polis

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Pada hari ini tertuduh didakwa Mahkamah Majistret Kuching atas pertuduhan menipu rakan wanitanya berhubung urusan merawat suami mangsa yang dipercayai menjalani hubungan sulit, sehingga mangsa mengalami kerugian RM59,750.

Tertuduh, Tanggamuthu Sinthamani berusia 63 tahun telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan, selain menetapkan 7 September ini untuk pengurusan kes.

image is not available

Wang akan diserahkan kepada bomoh bergelar ‘Datuk’

Tertuduh didakwa mendorong mangsa menyerahkan wang tunai secara ansuran berjumlah RM59,750 kepada tertuduh pada 1 April 2020, di kediaman tertuduh terletak di Jalan Batu Kawa.

Mangsa pergi ke rumah tertuduh untuk berbincang mengenai bomoh yang boleh merawat suami mangsa dan seterusnya menyerahkan wang tunai tersebut secara ansuran kepada tertuduh, untuk diserahkan kepada seorang bomoh bergelar ‘Datuk.’

Terdapat juga buku menunjukkan wang tersebut telah dibayar oleh mangsa kepada tertuduh yang mengandungi tandatangan kedua-dua tertuduh dan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Berhati-hati dengan scam! Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis scam: