“Nak Terus Gali Salah Silap Dan Aib Lama Saya, Silakan” – Cikgu Fadli Jelaskan Perkara Sebenar

18 Oct 2022 • 2:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Caprice dilaporkan cuba mendedahkan rahsia seorang individu yang dikatakan mempunyai ‘dark secret’ membabitkan topik pendidikan Malaysia. Namun, hantaran yang dibuatnya menerusi Instagram story itu dipercayai dipadam tak lama kemudian.

Perkara itu mendapat perhatian warganet yang tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Caprice itu?

image is not available

Ternyata hantaran di Instagram story Caprice itu ditujukan kepada Cikgu Fadli yang didakwa pernah memuat naik beberapa hantaran tidak sesuai di media sosial sebelum ini.

Cikgu Fadli tampil jelaskan perkara sebenar

Tidak berdiam diri, Cikgu Fadli tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut guru SK Gombak 1 itu, dia mengakui kesilapan yang dibuatnya sekitar tahun 2018 yang lalu selepas memuat naik hantaran yang tidak sesuai di Facebooknya. Namun, difahamkan hantaran itu disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Isu post lawak tentang bra pada tahun 2018. Isu ini sahih. Saya ada buat post kononnya nak bergurau, tapi saya cross the line. Saya post gambar bra dalam fitting room kat AEON dah buat jenaka tentang hal itu. Post tersebut kena kecam dan saya sedar saya salah. Saya turunkan post tersebut keesokan harini.

Ada fakta salah mengatakan saya bergurau tentang pakaian dalam murid. Ada kata saya masuk asrama wanita ambil gambar tu. Semua info ni mislead dan salah. Gambar kat fitting room AEON.Saya telah dibuat aduan dan kena tindakan dalam oleh PPD masa ttu.

Selain itu, Cikgu Fadli juga mengakui dia juga ada memuat naik beberapa hantaran lain yang menyentuh perkara yang tidak sesuai dibuat sebagai seorang guru seperti mempromosikan rokok elektronik dan pandangan mengenai antivaksin.

“Saya juga manusia biasa”

Menjelaskan perkara yang sebenar, Cikgu Fadli kemudiannya mengakui segala kesilapannya dan meminta agar semua pihak untuk kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai isu pendidikan negara.

Saya juga manusia yang ada salah dan silap. Semua di atas adalah kesalahan saya. Silap saya. Saya akui dan saya bertanggungjawab. Kalian nak serang, nak marah, nak benci, nak tegur, silakan. Itu hak kalian. Saya layak ditegur, dimarah atas salah silap saya.

Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar. Isu yang tular. Isu yang hangat. Isu sebenarnya ada kerosakan dalam KPM yang boleh memberi impak pada anak-anak kita.

Cikgu Fadli pun dah jelaskan semuanya, harap semua jelas dan faham. Sepatutnya kita fokuskan pada isu yang sebenar bukan cuba menjadi batu api mengorek semula apa kesalahan lalu yang pernah orang buat. Betul tak?

Kredit: Facebook Cikgu Fadli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media