“Nak tidur pun tak senang”, remaja rempit buat bising sampai tengah malam

LocalLifestyle
11 Sep 2025 • 8:33 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sekumpulan remaja yang didakwa sering membuat bising dengan motosikal hampir setiap malam di kawasan kejiranannya.

Menerusi perkongsian di laman Thread, wanita berkenaan mendakwa kumpulan tersebut bukan sahaja membuat bising, malah melakukan aksi berbahaya seperti ‘wheelie’ dan merempit di kawasan sekolah berhampiran rumahnya.

“Macam mana nak report (laporkan) budak-budak jahat ni? Mak ayah diorang (mereka) mana?

“Macam mana nak suruh polis ronda kawasan ni? Setiap malam tau diorang ni wheeli & rem motor kat sini. Bising. Pukul 9 ke 11 malam hampir setiap hari. Stresnya. Orang nak tidur,” tulisnya.

Rata-rata pengguna di ruang komen mengecam perbuatan remaja terbabit selain menasihati wanita itu agar membuat laporan segera kepada pihak polis.

“Bila dah berlaku kemalangan, masa itu mak bapa akan muncul, bagi statement ‘Arwah anak yang baik dan mendengar kata’,” kata seorang pengguna, Chesuselayangpandang.

“Call je polis atau balai terdekat dan minta untuk buat rondaan. Dalam masa sama simpan video ni sebagai rujukan kalau-kalau pegawai bertugas tanya,” cadang seorang lagi pengguna, Faizal.

“Call balai yang paling dekat report, nanti diorang hantar peronda,” tulis Syafinaz.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 20,000 tontonan dan terus mendapat perhatian ramai yang turut menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan penduduk setempat.

View Original Article