Piala Dunia FIFA 2026 semakin hampir, dan peminat bola sepak di Malaysia kini mempunyai pilihan baharu untuk mengikuti setiap aksi secara langsung. Melalui pakej khas Unifi TV Piala Dunia, pengguna boleh mendapatkan akses tontonan dengan Pas Harian RM20 atau Pas Bermusim RM50. Layari https://wc.unifi.com.my/fifaworldcup2026/ms/ untuk langgan sekarang!
Jika anda sedang mencari maklumat tentang harga, cara langgan dan peranti yang disokong, berikut ialah segala yang perlu diketahui mengenai Unifi TV Piala Dunia 2026.
RTM Dan Unifi TV Kini Jadi Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026 – Apa Perbezaan Siaran di RTM Dengan Unifi TV?
Bagi peminat bola sepak di Malaysia, persoalan mengenai platform rasmi untuk menonton Piala Dunia FIFA 2026 akhirnya terjawab.
RTM dan Unifi TV telah diumumkan sebagai penyiar rasmi kejohanan tersebut, membolehkan orang ramai mengikuti aksi pasukan-pasukan terbaik dunia secara sah.
Pengumuman ini penting kerana ramai penyokong mula membuat persediaan lebih awal bagi memastikan mereka tidak terlepas perlawanan yang berlangsung pada waktu awal pagi dan larut malam mengikut waktu Malaysia.
Tapi, apa perbezaan kalau tonton World Cup 2026 di RTM dengan Unifi TV? Bezanya ialah, di RTM ada siaran langsung dan siaran tertunda. Tapi kalau tonton melalui Unifi TV, semuanya dibawakan secara langsung melalui 3 saluran khas.
Berapa harga saluran berbayar Unifi TV untuk tonton Piala Dunia? Jom baca lagi.

Unifi TV Perkenal Pas Harian RM20 Dan Pas Bermusim RM50
Unifi TV menawarkan dua pilihan pas khas sempena Piala Dunia 2026. Season Pass berharga RM50 bagi pelanggan Unifi TV sedia, dan RM60 untuk bukan pelanggan Unifi TV.
Tapi tahukah anda, Pas Musim Piala Dunia 2026 berharga RM50/ RM60 yang anda bayar ini bukan sekadar untuk tonton World Cup sahaja, anda juga akan mendapat akses kepada 73 saluran premium termasuk HBO, Cinemax, AXN, SPOTV dan banyak lagi tauu! So, memang berbaloilah kan?
Selain itu, terdapat juga pas menonton 24 jam yang dijual pada harga RM20 sesuai untuk mereka yang hanya mahu menonton perlawanan tertentu.
Dengan jumlah perlawanan yang banyak sepanjang Piala Dunia, pas bermusim mungkin menjadi pilihan yang lebih menjimatkan bagi peminat yang ingin mengikuti setiap aksi dari peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir.


Cara Langgan Unifi TV Piala Dunia 2026
Bagi mereka yang berminat, proses langganan boleh dilakukan melalui Portal Unifi FIFA World Cup yang akan dibuka kepada pelanggan.
Cara Langgan Unifi TV Piala Dunia Untuk Pengguna Unifi
Bagi pengguna sedia ada Unifi, berikut adalah cara untuk melanggan Unifi TV Piala Dunia:
- Layari Portal Unifi FIFA World Cup .
- Pilih Buy Now.
- Pilih “RM50 – Buy Unifi Fifa World Cup 2026 Season Pass as a Unifi TV Subscriber”
- Masukkan No MyKad.
- Dan teruskan dengan pembelian Unifi TV Piala Dunia anda.
Cara Langgan Unifi TV Piala Dunia Untuk Bukan Pengguna Unifi
Bagi yang bukan pengguna Unifi, anda perlu lakukan langkah ini untuk melanggan Unifi TV Piala Dunia:
- Sign up Unifi TV.
- Masukkan alamat emel dan sahkan OTP.
- Pilih Season Pass dan beli.
- Bayar menggunakan kad kredit, FPX atau redeem dari baucar.
- Selesai! Anda boleh tonton Unifi TV Piala Dunia. Bukan itu saja – anda juga boleh menikmati akses kepada 73 saluran premium termasuk HBO, Cinemax, AXN, SPOTV dan banyak lagi

Boleh Tonton Di Telefon, Tablet, Smart TV Dan Komputer
Salah satu perkara yang memudahkan pengguna ialah aplikasi Unifi TV 2.0 boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti. Sama ada anda lebih selesa menonton melalui telefon pintar, tablet, Smart TV atau komputer riba, semuanya disokong oleh platform tersebut.
Ini memberi fleksibiliti kepada peminat bola sepak yang mungkin berada di tempat kerja, dalam perjalanan atau tidak berada di hadapan televisyen ketika perlawanan berlangsung.
Menariknya, pelanggan Unifi TV boleh mentsrim pada dua peranti serentak sementara bukan pelanggan pula pada satu peranti sahaja pada satu-satu masa.
Dapat Sekali 70+ Channel Percuma!
Sebelum sepak mula Piala Dunia 2026, beberapa perlawanan persahabatan pramusim yang berlangsung antara 7 hingga 10 Jun turut disiarkan secara langsung.
Selain itu, pemegang pas musim Piala Dunia 2026 juga akan menikmati akses kepada 73 saluran premium Unifi TV termasuk HBO, Cinemax, AXN, SPOTV dan banyak lagi. Wahh, memang berbaloi kan?
*Siaran langsung ini tidak ditawarkan kepada pelanggan Astro & NJOI (Ch 146), Astro GO, dan Sooka. Isyarat siaran di platform tersebut akan digantikan dengan program alternatif oleh pihak RTM.
Berbaloi Atau Tidak Melanggan Unifi TV Untuk Piala Dunia 2026?
Bagi kebanyakan peminat bola sepak, jawapannya bergantung kepada cara mereka mengikuti kejohanan tersebut. Jika anda hanya berminat dengan beberapa perlawanan pilihan, Pas Harian RM20 mungkin sudah memadai.
Namun, jika anda bercadang untuk menonton sebanyak mungkin perlawanan sepanjang sebulan kejohanan berlangsung, Pas Bermusim RM60 atau RM50 menawarkan nilai yang lebih baik. Tambahan pula, 73 saluran juga akan diberikan secara percuma sepanjang tempoh Piala Dunia 2026, iaitu bermula 11 Jun hingga 10 Julai 2026. (Rujuk jadual di bawah)

Dengan akses melalui pelbagai peranti dan harga yang lebih rendah berbanding sesetengah pakej sukan jangka panjang, ia boleh menjadi pilihan yang menarik untuk Piala Dunia 2026.
Soalan Lazim (FAQ) Piala Dunia 2026
Untuk bantuan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TM di: 1-800-88-5059
atau melayari laman rasmi kempen Unifi FIFA World Cup 2026 untuk mendapatkan maklumat terkini.
Adakah Unifi TV Piala Dunia 2026 menyiarkan semua perlawanan?Ya. Pas Unifi FIFA World Cup 2026 memberikan akses kepada kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 dalam kualiti HD menerusi saluran khas Unifi FIFA World Cup 2026 1, 2 dan 3.
Berapa harga pas Unifi TV Piala Dunia 2026?Bagi pelanggan individu, terdapat dua pilihan:
Season Pass: RM50 untuk pelanggan Unifi TV dan RM60 untuk bukan pelanggan Unifi TV. Juga dapat sekali percuma 70+ saluran premium.
Daily Pass: RM20 sehari untuk semua pengguna. Juga dapat akses 16 saluran percuma.
Harga ini sah untuk kempen yang berlangsung dari 6 Jun hingga 20 Julai 2026.
Season Pass memberikan akses sepanjang kejohanan dari 11 Jun hingga 31 Julai 2026, termasuk siaran langsung, ulangan perlawanan (Catch Up) dan sorotan perlawanan. Season Pass ini turut menawarkan 70+ saluran premium termasuk HBO, Cinemax, AXN, SPOTV dan banyak lagi.
Daily Pass pula hanya sah untuk satu hari yang dipilih dan sesuai untuk mereka yang hanya mahu menonton perlawanan tertentu tanpa membeli pas penuh. Pelanggan boleh nikmati 16 saluran percuma.
Ya. Walaupun anda sudah melanggan mana-mana pakej Unifi TV, Pas Piala Dunia FIFA 2026 tidak termasuk dalam langganan sedia ada dan perlu dibeli secara berasingan.
Namun, pelanggan Unifi TV menikmati harga Season Pass yang lebih rendah berbanding bukan pelanggan.
Season Pass sah dari 11 Jun hingga 31 Julai 2026, meliputi keseluruhan kejohanan termasuk perlawanan akhir dan kandungan sorotan selepas perlawanan.
Ya. Pemegang Season Pass boleh mengakses fungsi Catch Up, iaitu sorotan dan tayangan semula perlawanan yang telah berlangsung.
Bagi Daily Pass, akses Catch Up hanya diberikan untuk tempoh satu hari mengikut pas yang dibeli.
Unifi TV 2.0 boleh digunakan pada:
Telefon Android (Android 7.1 ke atas)
iPhone (iOS 14 ke atas)
iPad (iPadOS 14 ke atas)
Smart TV Android
Samsung Tizen TV (2021 ke atas)
LG WebOS TV (2020 ke atas)
Komputer melalui pelayar web
Unifi TV Box
Ya. Anda hanya perlu memasang aplikasi Unifi TV 2.0 pada Smart TV yang disokong dan log masuk menggunakan akaun yang digunakan semasa pembelian pas.
Berapa banyak peranti boleh digunakan serentak?Jika anda log masuk menggunakan Unifi TV ID, anda boleh:
Log masuk pada maksimum 2 peranti.
Menonton secara serentak pada 2 peranti.
Jika menggunakan log masuk melalui alamat e-mel biasa, tontonan serentak biasanya terhad kepada satu peranti pada satu masa.
Tidak. Berdasarkan FAQ rasmi Unifi TV, aplikasi Unifi TV 2.0 hanya boleh digunakan di Malaysia. Pengguna yang berada di luar negara tidak dapat mengakses siaran sehingga kembali ke Malaysia.
Kenapa siaran saya tersekat-sekat atau buffering?Antara punca yang dinyatakan oleh Unifi termasuk:
Kelajuan internet tidak mencukupi.
Peranti tidak memenuhi spesifikasi minimum.
Aplikasi belum dikemas kini.
VPN masih aktif.
Masalah sementara pada peranti yang memerlukan restart.
Tidak. Semua pembelian Pas Unifi FIFA World Cup 2026 adalah tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh dipulangkan (non-refundable).
Rujuk Soalan Lazim lain tentang Unifi TV Piala Dunia di bawah:
FAQ-Unifi-FIFA-World-Cup-2026Download
