“Nak Tunjuk Baik Biar Bertempat” – Fattah Amin Tolak Komisen RM90,000, Pok Teh Racing Beri Teguran ‘Pedas’ Di TikTok!

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pok teh

Seorang influencer di TikTok dikenali sebagai Pok Teh Racing mempersoalkan keputusan aktor Fattah Amin menolak komisyen RM90,000 di saat dirinya sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Pok Teh berkata, Fattah sepatutnya menerima bayaran komisyen kambing perap tersebut kerana itu adalah hasil titik peluhnya bekerja.

“Fattah Amin nak tunjuk baik biar bertempat” – Pok Teh

Pok Teh yang mempunyai lebih 300,000 pengikut di TikTok berkata, Fattah Amin sepatutnya berpada-pada dalam membuat kebaikan dan perlu mementingkan diri sendiri terlebih dahulu.

Bro, kau ni biar betul bro. Jarang orang tengah down, tengah jatuh boleh tolak bulat-bulat. Kalau tengah up tu lainlah kan. Tapi orang kaya pun kedekut bro. Artis yang kaya pun kedekut, apatah artis yang miskin. Macam ko ni bukannya level T20 pun Fattah Amin.

Pok Teh mencadangkan Fattah Amin berhenti daripada bekerja jika tidak mahu menerima pendapatan. Dalam pada itu, Pok Teh turut menasihati aktor terbabit supaya kuat menghadapi dugaan kegagalan dalam rumah tangga.

Di akhir video, Pok Teh mendoakan semoga Fattah Amin sentiasa berjaya dalam hidup.

#OhmediaNasihat

Kebaikan itu tidak semestinya dilihat dari jumlah wang atau kejayaan material. Keputusan Fattah Amin menolak komisen besar menunjukkan betapa dia mementingkan prinsip dan nilai hidup yang dipercayainya. Semoga kejayaan terus menanti Fattah Amin.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @pokteh_racing3