
Bagi penggemar makanan pedas, ini berita yang pasti buat anda teruja. NakNak kini hadir dengan menu baharu, Fiery Geprek Series, yang mula ditawarkan di semua cawangan NakNak seluruh negara bermula 21 Oktober 2025.
Menampilkan gabungan rasa tempatan dan sentuhan moden, siri ini menjanjikan pengalaman makan yang penuh kehangatan dan keenakan.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Fiery Geprek Burger, burger ayam goreng rangup keemasan yang disaluti sambal cili istimewa NakNak, ditambah dengan kubis goreng rangup serta sos mayo kicap hitam yang kaya rasa. Semua bahan ini diapit di antara roti lembut dan gebu, menjadikan setiap gigitan sarat dengan pelbagai tekstur dan rasa rangup, lemak, pedas, dan berkrim.
Bagi yang gemar cita rasa ala Korea, jangan lepaskan peluang mencuba Fiery Geprek NakDak. Menu ini menggunakan isi paha ayam tanpa tulang gaya Korea yang digoreng segar hingga rangup, kemudian disiram dengan sambal pedas NakNak, ditambah kubis goreng dan sos kicap mayo. Gabungan luar rangup dan isi ayam yang lembut menghasilkan ledakan rasa pedas berasap yang pasti memikat.
Dengan harga bermula RM15.90 hingga RM16.90, siri Fiery Geprek ini bukan sekadar hidangan — ia satu cabaran buat peminat pedas sejati.
NakNak terus kekal dengan identitinya menggabungkan cita rasa tempatan dengan sentuhan moden bagi menghasilkan sesuatu yang segar dan luar biasa.
Menu ini hanya ditawarkan untuk masa terhad di semua cawangan NakNak seluruh negara, bagi pilihan makan di kedai atau bawa pulang.
The post NakNak Perkenal Menu Baharu Fiery Geprek Series, Pedas, Rangup & Penuh Rasa appeared first on Siakap Keli.
