NakNak Perkenal Siri Tropical Punch, Ayam Lada Putih & Burger Baharu Dengan Rasa Nanas Tropika

LocalFood
31 Jul 2026 • 11:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

NakNak Perkenal Siri Tropical Punch, Ayam Lada Putih & Burger Baharu Dengan Rasa Nanas Tropika

NakNak tampil dengan menu edisi terhad baharu menerusi Siri Tropical Punch, yang menggabungkan rasa lada putih berempah bersama kemanisan nanas tropika dalam pelbagai hidangan dan minuman berinspirasikan Korea.

Siri menu ini boleh didapati di semua cawangan NakNak di seluruh negara dan menawarkan gabungan rasa manis, pedas serta beraroma yang sesuai dinikmati sepanjang musim.

Antara menu yang diperkenalkan ialah White Pepper Punch Nak Dak bermula dari RM16.90, menampilkan ayam goreng tanpa tulang rangup yang disaluti sos lada hitam dan lada putih, lengkap dengan taburan bawang goreng rangup.

Bagi penggemar burger pula, White Pepper Punch Nak Dak Burger ditawarkan pada harga bermula RM18.90, manakala White Pepper Punch Beef Burger bermula RM23.90, menggunakan patty 100 peratus daging lembu bersama keju, bawang goreng rangup dan sos lada putih istimewa.

Image from: NakNak Perkenal Siri Tropical Punch, Ayam Lada Putih & Burger Baharu Dengan Rasa Nanas Tropika

NakNak turut memperkenalkan Loaded White Pepper Punch Fries bermula RM10.50, sesuai dijadikan snek untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi melengkapkan hidangan, dua minuman baharu turut ditawarkan iaitu Tropical Pineapple Lemonade bermula RM8.50 serta Tropical Pineapple Milkshake bermula RM15.20, yang menggabungkan rasa nanas tropika dengan tekstur berkrim.

Kempen 'Joy on the Move' Untuk Pelanggan Pandu Lalu

Selain menu baharu, NakNak turut melancarkan kempen ganjaran Joy on the Move khas untuk pelanggan pandu lalu.

Menerusi kempen ini, pelanggan yang membeli set kombo terpilih bersama minuman ringan di cawangan pandu lalu yang mengambil bahagian akan menerima NakNak Joy Tag bagi setiap resit yang layak.

Joy Tag tersebut boleh ditebus untuk ganjaran eksklusif bulanan di kaunter pandu lalu antara 15 hingga 21 haribulan setiap bulan sehingga November 2026.

Image from: NakNak Perkenal Siri Tropical Punch, Ayam Lada Putih & Burger Baharu Dengan Rasa Nanas Tropika

Kempen ini ditawarkan di tiga cawangan pandu lalu iaitu NakNak Elmina Lakeside Mall, Prima Avenue Cyberjayadan Sierra Fresco.

Cawangan Baharu Dibuka Di Ombak KLCC

Dalam perkembangan sama, NakNak turut mengumumkan pembukaan cawangan baharunya di NakNak Ombak KLCCpada 21 Ogos 2026.

Terletak di kawasan KLCC, cawangan ini menyasarkan pekerja pejabat, penduduk bandar, pengunjung pusat beli-belah serta pelancong yang ingin menikmati hidangan berinspirasikan Korea dengan lebih mudah.

Menurut NakNak, pengenalan menu baharu, program ganjaran pelanggan serta pembukaan cawangan baharu merupakan sebahagian daripada usaha jenama itu untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih menarik dan mudah diakses kepada rakyat Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved