NakNgaji Memudahkan Anda Belajar Membaca Al-Quran Secara Atas-Talian Atau Di Rumah

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 8:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat beberapa platform yang memfokuskan kepada kemudahan belajar mengaji al-Quran. Salah satunya adalah platform tempatan yang dinamakan NakNgaji. Melaluinya, ia memfokuskan kepada menghubungkan orang ramai kepada guru mengaji, sekaligus membolehkan seseorang itu belajar mengaji sama ada secara atas-talian atau di rumah.

image is not available

Melalui NakNgaji, ia menjanjikan kelas dijalankan secara individu, sekaligus mengelak daripada seseorang yang ingin belajar kerana sifat malu dengan yang lain. Platform berkenaan juga menyatakan setiap guru ngaji adalah bertauliah dan berlatarbelakang Pengajian Islam & Al-Quran.

Platform berkenaan juga turut membolehkan pengguna menetapkan jadual lapang mereka, dan tiada sebarang had umur untuk para pelajar. Dibawah platform berkenaan, pelajar boleh mengikuti beberapa tahap belajar mengaji, daripada belajar Iqra, fahami tajwid dan makhraj, selain turut boleh belajar dan fahami tafsir al-Quran. Bagi pilihan atas talian, antara platform yang digunakan adalah sama ada Google Meet atau Zoom.

Bagi anda yang berminat boleh menyemak platform NakNgaji, dan mendaftarkan diri mengikut kelas yang anda minati. Pengguna turut boleh memilih tempoh kelas yang ingin diikuti melalui platform berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved