
PETALING JAYA: Tahap kesabaran Shima Anuar tercabar apabila nama pelakon tersebut diheret dalam masalah membabitkan abangnya, Najib Anuar dengan bekas isteri, Yusnani Yusof.
Justeru, Shima memaklumkan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya yang sudah tercemar.
“Selama ini aku jaga nama aku, jaga nama suami. Pernah nampak aku meroyan tak tentu pasal? Sibuk ambil tahu hal orang? Sebab aku memang jenis tak suka bising.
“Tapi tahap kesabaran manusia ada batas. satu sahaja nak pesan, hati-hati bila berkata-kata. Lagi-lagi kalau tak tahu hujung pangkal cerita.
“Ambil iktibar banyak kes sebelum ini, sebab nanti hujung-hujung? Hati-hati ya? Kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi. Benda dah ‘post’, tular yang kau nak dah dapat.
“Nama saya dah busuk, dituduh kejam dan jahat. Tindakan undang-undang akan diambil,” katanya dalam Thread.
Terdahulu, komen ditulis shima di Instagram, yang didakwa menyebelahi Najib dalam isu tersebut, dimuat naik bekas isteri abangnya di laman Thread.
“Yeah, lagi. Bagi sahaja, tak payah berlembut-lembut dengan manusia gila itu,” tulisnya.
Shima dalam masa yang sama memaklumkan tidak akan membiarkan mana-mana pihak menconteng arang ke mukanya dan bersungguh untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang tersebut.
“Saya tak main-main kali ini, tak kuasa. Saya tak akan membiarkan orang menconteng arang ke muka saya,” ujarnya.
The post Nama saya dah busuk, dituduh kejam dan jahat – Shima Anuar appeared first on Utusan Malaysia.
