Nama SpaceX Diubah Menjadi SpaceXAI

TechnologySpace
7 Jul 2026 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceX secara rasminya mengubah nama syarikat menjadi SpaceXAI. Penjenamaan semula ini selari dengan status syarikat yang kini menawarkan perkhidmatan melancarkan roket ke angkasa lepas, ingin membina pusat data di orbit dan bumi serta membangunkan model kecerdasan buatan (AI) terkini.

— SpaceXAI (@SpaceXAI) July 6, 2026

Di X, animasi logo SpaceX berubah menjadi SpaceXAI telah dikongsi pagi tadi. SpaceX mengambil alih xAI pada Februari lalu. Bulan lalu SpaceX disenaraikan di pasaran saham dengan ia menjana dana hampir $75 bilion yang turut merupakan terbesar dalam sejarah. Ini seterusnya menjadikan Elon Musk individu pertama mencapai status trilion di dunia.

Image from: Nama SpaceX Diubah Menjadi SpaceXAI

Walaupun kini dilihat sebagai syarikat AI, SpaceXAI masih mempunyai perancangan menghantar manusia mengelilingi bulan, membina penempatan kekal di bulan dan selepas itu membina koloni di Marikh.

Sedekad lalu Elon Musk berkata SpaceX akan menghantar manusia menjelang penghujung 2026. Ini tidak akan berlaku dengan Musk kemudian mengatakan tumpuan kini diberikan pula untuk mendaratkan manusia di bulan menjelang 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved