
Semoga maju jaya diucapkan!
Nama Tersenarai Masuk Pertandingan Jadi Bintang Kpop, Gadis Borneo Ini Tarik Perhatian Ramai. Baru-baru ini tular hantaran di media sosial mengenai gadis muda berwajah anggun dari Borneo, Alyssa tersenarai di dalam Universe Ticket di mana dirinya akan bertanding bagi mendapat tempat untuk debut di dalam K-pop girl group akan datang yang diuruskan oleh syarikat hiburan Korea Selatan baharu iaitu F&F Entertainment.
Alyssa atau lebih gemar dengan panggilan Aly yang kini merupakan K-pop trainee perlu bersaing antara satu sama lain dan akan menerima undi dari orang awam untuk layak ke peringkat seterusnya.

Anak kelahiran Borneo berusia 18 tahun
Anak kelahiran Borneo yang mewakili Malaysia ini berusia 18 tahun dan merupakan peminat fromis_9, EXO, NCT, THE BOYZ, Golden Child, aespa, IVE, dan banyak lagi.
Bukan sekadar di media sosial, portal-portal dalam talian juga turut teruja dengan penampilan peserta yang mewakili Malaysia bertanding di Korea Selatan.

Industri hiburan di Korea Selatan amat pesat sekali sehingga seluruh dunia mengenali negara tersebut oleh kerana industri hiburannya itu. Antara kumpulan K-pop wanita yang amat popular di seluruh dunia termasuk Blackpink, Girls Generation, 2NE1, Twice, Red Velvet dan banyak lagi.
Diharap agar Alyssa akan berjaya di sepanjang pertandingan dan boleh membawa nama Malaysia di pentas dunia seperti Lisa Blackpink yang bangga membawa identitinya berasal dari Thailand.


