Nama Tiada Dalam Rekod, Bapa Dakwa Wanita Menyamar Doktor Culik Bayi Kembar Di Hospital?

LocalFamily & Parenting
11 Apr 2025 • 8:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bapa dakwa wanita menyamar sebagai salah seorang doktor menculik bayi kembarnya berusia sembilan bulan semasa dalam jagaan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook, dia dikenali Syahmie dan isteri, Tasha memaklumkan mereka berasa curiga apabila tidak dibenarkan bertemu anak-anak yang dirawat di hospital berkenaan sejak lahir akibat masalah paru-paru.

Dakwa Syahmie, mereka hanya dibenarkan melawat dari luar bilik rawatan sepanjang sembilan bulan bayi kembarnya berada di hospital berkenaan.

Berita mengenai kehilangan bayi kembar berkenaan turut dikongsikan salah seorang rakan mereka di Facebook.

image is not available

Bapa Dakwa Wanita Menyamar Doktor

Kecurigaan semakin memuncak apabila mereka dimaklumkan bahawa bayi kembar mereka telah dibawa keluar oleh seorang doktor bernama Dr. Amalina Husna, yang didakwa berasal dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun, semakan rekod petugas kesihatan tidak menemukan nama tersebut, menimbulkan kemungkinan bahawa individu tersebut adalah penyamar.

image is not available

image is not available

Maklumnya, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan bayi kembar tersebut.

Dalam pada itu, Syamie menzahirkan harapan agar insiden ini hanyalah kekeliruan dalaman, sambil menyeru orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap Hospital Kuala Lipis yang sedang memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan.

image is not available

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan pesakit di fasiliti kesihatan awam.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini digesa tampil membantu siasatan demi mencari kebenaran.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis mahupun Hospital Kuala Lipis.