Namatai penuhi citarasa penonton

12 Jan 2024 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KEUNIKAN serta keindahan alam semulajadi negeri ini mampu dipromosikan di peringkat dalam dan luar negara melalui penerbitan lebih banyak filem tempatan yang menggabungkan produk khazanah sejarah, keindahan serta keharmonian pelbagai kaum yang terdapat di negara ini, khususnya Negeri Dibawah Bayu.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bandar Sabah (SUDC) Datuk Jamawi Jaafar berkata, penggiat seni tempatan perlu terus berkarya dan mengutamakan citrasa penonton sesuai dengan jalan penceritaan yang bukan hanya mempamerkan pelakon-pelakon tempatan berpotensi tetapi dapat menggubah seni dengan gabungan sejarah, keindahan serta keharmonian dalam sesebuah cerita dan watak.

“Saya yakin, filam Namatai ini antara filem yang banyak memenuhi citarasa ramai penonton kerana gabungan penceritaan kisah sejarah, keunikan alam semulajadi dan keharmonian kaum, selain penerbitnya adalah anak jati Sabah yang cukup berpengalaman dalam bidang seni,” katanya selepas menerima undangan menghadiri siri tayangan filem berjudul Namatai bersama lebih 200 orang peminat seni filem tempatan dari daerah Tenom dan Keningau di salah sebuah pawagam di Keningau.

Katanya, banyak kisah sejarah khususnya di daerah pedalaman yang menarik boleh dijadikan fokus dalam bentuk penerbitan filem untuk santapan minda generasi masa kini agar lebih berminat mengetahui sejarah tempatan.