Nampak baby bump? Juliana Evans nafi hamil anak ketiga, akui sukar kembalikan 6 pack

Entertainment
22 Jul 2024 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan model jelita, Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans atau nama pentasnya, Juliana Evans nafi anak ketiga selepas warganet meninggalkan komen sama ada wanita itu kembali berbadan dua.

Pertanyaan itu ditimbul selepas aktres berusia 35 tahun itu berkongsi sebuah video promosi bersama anak keduanya, Tengku Saidatul Ihsan Putri di sebuah pusat beli belah.

image is not available

Juliana Evans nafi hamil anak ketiga

Di ruangan komen hantaran tersebut, seorang individu meninggalkan pertanyaan sama ada aktres itu kembali berbadan dua selepas melihat perubahan bentuk pada bahagian perutnya.

Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh aktres kacukan Melayu-Inggeris ini dengan menyatakan ia boleh menimbulkan spekulasi.

Jelas Juliana, agak sukar buat dirinya untuk mendapatkan bentuk ‘6 pack’ kembali pada bahagian perut, lebih-lebih lagi kini memiliki dua puteri kesayangan.

“Tak senang untuk dapatkan 6 pack balik tapi saya mahu!! Haha,”jawabnya.

image is not available

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah,5, dan Saidatul’Ihsan Putri,1.

image is not available

Sumber: Instagram Juliana Evans