Nampak ‘baby bump’, netizen teka isteri Shuib kini hamil? – “Jaga diri elok2 mummy!”

EntertainmentFamily & Parenting
10 Nov 2025 • 12:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah dipercayai sedang hamil anak pertama apabila gambarnya ketika tidur di dalam kereta mendapat perhatian warganet.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia berkata isterinya kini lebih memilih untuk menjadi penumpang berbanding membawa kereta seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, Watie yang dilihat sedang memegang perutnya ketika tidur sehingga menampakkan bentuk seperti ‘baby bump’ telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa dia kini mungkin berbadan dua.

Isteri Shuib kini hamil?

image is not available
image is not available

“Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta, sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur,” katanya Shuib.

Artikel lain: “Maaf tak jaga kamu dengan baik..” -Watie reda alami keguguran, coret luahan pilu buat zuriat

Tahniah Shuib dan Watie!

Meskipun Shuib tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut, namun rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

image is not available image is not available

Untuk makluman, pada Mei lalu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia beberapa bulan.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sumber: Instagram @Shuib