‘Nampak benda ni depan mata, nak muntah’ – Pekerja kedai makan kantoi celup pinggan dalam tong sampah

9 Jan 2024 • 8:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah premis makanan di Taman Botanik, Klang didakwa tidak menjaga kebersihan peralatan premis.

Satu rakaman video tular memaparkan seorang pekerja premis tersebut membasuh pinggan dengan cara hanya mencelup pinggan ke dalam tong sampah.

https://twitter.com/elyasyusrizal/status/1743524047722545153?s=20

Menerusi video berkenaan, pekerja itu dilihat mencelup pinggan ke dalam tong sampah pertama sebelum memasukkan pinggan ke tong sampah kedua.

Pengadu bertindak menegur pekerja berkenaan, namun dia menyatakan tong sampah itu hanya digunakan untuk merendam peralatan dapur.

“Pekerja tu boleh cakap tong sampah tu untuk rendam saja. Kot ye pun beli besen besar ke apa,” katanya.

Menerusi gambar tular juga, kelihatan sisa minyak dan makanan masih berada di dalam tong sampah berkenaan.

image is not available

Susulan itu, netizen meminta pengadu untuk segera membuat laporan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

Sumber: Elyas Yusri

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!